Wednesday, April 21, 2010

Skema? romantik? caring?... anda??

Haiii!!!.. hahaha... aku terjumpa sesuatu yang menarik mase blogwalking tadi... nak tau ape yang menariknye jom!!.. bace ni...

Jika anda seorang yang bergelar lelaki,adakah anda seorang yang skema? romantik? caring? gentelman???...Allah telah tentukan seorang lelaki perlu mencari pasangan yang sesuai...adakah anda menepati ciri-ciri yang diidamkan oleh seorang perempuan?dibawah saya ada terangkan sedikit tips-tips yang perlu ada untuk seorang lelaki yang gentelman!!..yeah!!!..kaum perempuan memang suka akan lelaki yang gentelman ni..mari sama-sama kita baca dan cermin diri kita sama ada kita gentleman atau sebaliknya...

Berkelakuan Baik (Matang)
Andai kata korang tak suka @ ada yang tidak suka dekat korang disebabkan sifat yang ala-ala 'gedix' ke, jangan tonjolkan sikap kurang senang korang itu sebaliknya korang perlu sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun.Letakkan diri korang pada tahap rasional,pasti mereka akan suka dekat korang.

Jangan Maki Hamun(Mencarut)
Jangan cuba tonjolkan sifat panas baran korang atau mencari nahas dengan memaki hamun dan mengutuk even hati korang tengah sakit atau bad mood. Sekiranya korang bersifat macam ni,mereka akan melabelkan korang sebagai individu yang bermasalah serta kurang ajar!.Anda mahu macam tu?pikir sendiri..

Berwaspada Dengan Setiap Percakapan
Bagi lelaki-lelaki yang suka bercakap dalam nada yang tinggi tu,ubah sikap itu kerana dengan percakapan macam tu,secara tak langsung boleh menyebabkan perempuan mudah sakit hati.Secara automatik,mereka akan anggap korang ni sombong atau angkuh.

Banyakkan Bersabar
Jika tahap kesabaran korang sudah hilang,secara tak langsung menunjukkan pada perempuan yang korang ni mudah tewas dengan emosi sendiri.! sekiranya korang gagal kawal sifat perasaan marah,macam mana korang mahu mengawal hal lain terutamanya yang melibatkan emosi? Oleh itu,banyakkan bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah kerana orang yang penyabar ni banyak kelebihannya,Nabi Muhammad S.A.W seorang yang penyabar bukan?ayuh,bersabar la..

Jangan Menyampuk!
Yang ni lagi satu hal,orang tak habis cakap lagi dah potong 'line'..Bagi la si dia menghabiskan kata katanya sebelum korang memberi komen. Gangguan dalam komunikasi boleh menjejaskan tahap sosial korang.remember! Nak bercakap.ikut la turn..ala macam kita nak beli tiket wayang arr time nk 'dating' ngn awek dalam wayang..barulah komunikasi antara korang akan lagi bertambah +++ best!..

Hormat Orang Yang Lebih Tua
Kalau korang nak perempuan respect korang,korang perlu respect dekat mereka ni dulu tambah-tambah kalau si Dia lebih tua dari korang. al maklum lah kan,orang yang lebih tua dari kita ni,banyak pengalaman sikit kot dari kita..So,be respect each other baru boleh kekal dan disukai gurls diluar sana tuh..hehehe..

Haaa... jadi korang (lelaki) rase korang bole tak ikut rules ni semua.... heh!!.. fikir-fikirkan....


No comments:

Post a Comment