Monday, July 18, 2011

Nak buat apa dengan semua ini?



ok!!..
dah nampak kan??
jadi ketiga-tiga gambar kat atas ni telah menjadi satu isu...
dan itu adalah beberapa koleksi yg sempat di upload untuk entry ini...
ade lagi.. tapi cik berokben saye tetiba hari ni *lembab!!
Isu: lambakan barang di rumah.. Mak suruh kemas.. macam mana ni???
hmmmm...nak "bako" sayang...
nak jual sayang...
nak buang?... hmm.. lagi la sayang...
jadi nak buat apa dengan semua ini?
dah lama dikumpul... tak kan mahu di lepaskan
begitu sahaja.... saya "sayang banyak" kat majalah-majalah ini...
kalau derma.. ade orang nak ke??
alamak.. dilemma la pulak kan....
perkara remeh pun boleh jadi isu...

p/s: cuba bayangkan... mula di kumpul sejak aku 16 tahun (Form 4).. dan kini masih mengumpul walaupun usia dah mencecah 22 tahun...

Lelaki Kacak

Assalamualaikum...
tadi tengah surf something...
then terjumpa artikel ini...
apa kata.. kita luangkan sikit masa untuk baca
artikel ini.. tak rugi pun...
jom berkongsi ilmu....

Hadis yang Menarik Rasulullah PBUH
Rasulullah PBUH bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi...

Rasulullah PBUH  bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

p/s: Al-Quran Al-Karim.... ni dah nak masuk bulan Ramadhan.. ape kata kita luangkan sedikit masa "mentelaah" kitab suci...

Saturday, July 16, 2011

Boleh ke tidak?

Assalamualaikum wbt..
hehehe.. hari ni entry yg agak mengarut sikit..
luahan hati dan dilemma...
wah!!! gitu...
haha... boleh ke tidak??
boleh ke tidak.....
bole ke???... ke tak boleh!!??
ish.. ape kebenda laa ni kan??
sebenarnya ni la "permohonan"
nafsu aku terhadap otak dan "wallet" aku...
hahaha... nak tau sebab ape....
sebab... nafsu membuak-buak... nak pi tengok
"lets finish what we started Tom!" lebih kurang mcm tu la Harry cakap..
 "Harry Potter and The Deathly Hallows Part II" untuk kali
yang ke-2...  padahal dah gi tengok dah semalam...
tapi macam tak puas... nak tengok lagi...
kali ni... lagi "demand"... nak tengok yg 3D...
mak aih!.. melampau sungguh "nafsu" ini kan...
ni belum masuk bulan Ramadhan lagi ni...
hmmmmmmm.....
boleh ke tidak ye??
nak ke tak nak ye???
nanti la pikir... ye dok??
ish... mana boleh!
alaaaaa..... macam mana ni......

p/s: ni la contoh-contoh orang yang kuat mengada-ngada!.. hahahahaha... =p

Wednesday, July 13, 2011

kau bawak "bekal" apa?

Assalamualaikum wbt...
lama jugak tak meng-update blog..
agak busy sikit kebelakangan ni..
hehehehe...
diam tak diam... kita sudah pun melangkah 
masuk ke bulan July... 
yeay!!!.. sangat seronok....
nak tahu kenapa.... bila tibanya bulan July tahun ni..
maka muncul la jua bulan Syaaban dalam tahun ini...
dan jangan lupa.. cerita favorite "saya" dah nak keluar di panggung..
"Harry Potter dan Azimat Maut Bahagian II"..
hahahaha... 
jadi ini lah bulan yang dinanti-nantikan...
sebagai persediaan untuk menempuh bulan mulia yang bakal tiba..
iaitu bulan Ramadhan.... dah bersediakah kita nak puasa..
kalau belum... mula lah dari sekarang.. ber'tatih' dahulu...
lama-lama nanti biasalah la...
takde la "culture shock" nanti bila dah masuk bulan Ramadhan...
kan~~~~
korang tau tak.. bulan Syaaban ni banyak kelebihannya...
sampaikan Rasulullah S.A.W. pun pernah bersabda:

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, 
dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku....."



Syaaban bulan untuk menghapus dosa...
dan Ramadan bulan untuk menyucikan diri dari dosa...
dalam bulan ini Baginda Rasulullah S.A.W banyak melakukan amal ibadah..
maka.. kita juga haruslah mencontohi beliau...
sudah tiba masanya nak cari bekalan.. kalau tak.. bila lagi..
betul kan??..

"apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak – anak yang soleh"..


jadi sekarang lah masanya kita bertungkus lumus berlumba-lumba...
mempersiapkan bekalan kita untuk hari pengakhiran kelak....


berbalik kepada bulan Syaaban... Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda lagi:


 "Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah 
tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah 
Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala 
Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini,
dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur,
bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, 
dan diwajibkan syurga ke atasnya.."

SubhanAllah.. sampai macam tu sekali kelebihan bulan Syaaban ni... 
boleh dikatakan bulan di mana setiap doa orang-orang 
beriman akan dimakbulkan Allah...
Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya 
dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap 
memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas 
dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga 
adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan 
amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang 
keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat 
selagi hayat di kandung badan....

p/s: tak sabar nak puasa... =)