Saturday, June 25, 2011

Bila nasi menjadi bubur

Assalamualaikum wbt....
jawab.. jangan tak jawab..
haaa... pertama sekali.. aku nak ucapkan
tahniah kepada SEPAH : "manis tak kurma ini?.. haaaa..."
sebab jadi juara dalam Maharaja lawak..

baiklah.. sekarang ni kita nak cerita pasal
benda lain.. bukan pasal SEPAH ye..
anda semua pernah dengar tak peribahasa..
"Nasi sudah menjadi bubur"

haaaa... mesti pernah dengar kan??
kalau tak.. confirm masa cikgu tengah melimpahkah ilmu..
kita dok main kat belakang kelas...
maksud peribahasa ini ialah..
sudah terlanjur, tak boleh diubah lagi..
lebih kurang begitu lah bunyi nya...


bila difikir-fikirkan berdasar aspek kehidupan
kita seharian... sudah berapa kali kah
perkara sebegini berlaku dalam hidup kita?
pernah tak kita terfikir?
pernah tak kita merasa?
keterlanjuran?
yaa!!.. keterlanjuran yang kita lakukan...
pernah tak kita fikirkan akibatnya...
terlajur kata... terlanjur bicara... terlanjur cinta...
terlanjur amarah.. kebanyakkan semua ini pernah kita 
kita lalui bukan?
tapi.... bila difikir kan kembali...
boleh tak bubur tu dijadikan nasi semula??
secara LOGIK nya... huh! sudah semestinya tidak..
tetapi dari aspek reaksi dan tindakbalas kita...
bubur itu.. boleh di jadikan nasi semula...
terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata??
kita boleh undur jugak kan?? dengan cara memohon maaf...
sekurang-kurangnya perahu itu boleh diundur walaupun tak
seberapa sempurna....sama jugalah dengan "bubur" yang kita dah buat..
kita masih ada peluang untuk mengubahnya kembali menjadi "nasi"..
walaupun "nasi" itu tak sesempurna nasi yang asli...
setiap manusia sentiasa diberi peluang...
tetapi ingatlah... peluang yang datang cuma sekali..
jika di kurniakan peluang untuk kali kedua, ketiga, keempat dan
seterusnya....ia tetap tidak akan sama dengan peluang yang PERTAMA...


p/s: apa ni... aku taip aku sendiri tak paham... banyak sangat abstrak dan konkrit dalam entry kali ni... nukilan dari hati yang ingin berkata-kata... adus... =)


Wednesday, June 22, 2011

pantang menyerah!!

tatkala aku duduk bingung..
memikirkan apa yang bakal berlaku
dalam hidup aku di masa akan datang...
aku terfikir tentang lagu ini...


D’Masiv - Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

reff1:
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

repeat reff1

reff2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa


Wednesday, June 15, 2011

Indahkah angan-angan?

angan-angan?
kadang kala terfikir juga di benak hati..
mengapa perlu angan-angan...
indahkah angan-angan?...
ya!...angan-angan memang indah!

Dalam angan-angan...
semua yang kita impikan menjadi begitu indah..
bagaikan.. semua tu seolah-olah realiti..
kita boleh pergi kemana saja yang kita mahu...
kita boleh jadi sesiapa saja yang kita mahu...
Menteri.. pelakon... penyanyi... orang kaya..
jutawan...pergh!! indah nya...khayal beb!..
tapi!.. ingat.. kadang kala sesuatu yang indah itu...
boleh juga memusnahkan.. punah...
habis tu... macam mana ni.. 
jika ia mendatang kan keburukan...
maka.. perlu lah kita menjauhinya... betul tak?
habis tu.. salah kah kita berangan-angan...
TIDAK!!.. sudah sama sekali tidak...
manusia insan yang kreatif...
tidak salah jika kita ingin menjadi "kreatif" sekali sekala...
Berangan-anganlah sebesar atau setinggi mana pun. 
Itu adalah hak manusia itu sendiri.
pernah tak kita mendengar kata-kata ini..
"imaginasi mampu menguasai dunia"


Tak siapa menghalang kita
kita pengarah kita kita lah pelakonnya..
tetapi.. ingat lah... berangan-angan itu ada batasnya..
jangan melampau...
jangan keterlaluan....kerana keterlaluan itu kadangkala
membawa padah.. hahaha.. amek kau... macam melalut pulak hari ni..
Nabi SAW pernah bersada, daripada Anas bin Malik r.a. :

    “Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara, tamak dan angan-angan.”

jadi... pengajarannya di sini.. tak salah berangan-angan...
cuma jangan pula melebihi batasnya...
bila kita melebihi batasnya.. tu yang jadi tak elok tu..
imaginasi berlapis-lapis tinggi.. tapi jasad masih di tempat yang sama...
macam merugikan masa... bukan kah lebih baik jika 
kita menggunakan  masa yang dibazirkan itu dengan cara yang baik..
gunakan ia sebaik-baiknya untuk mendekatkan diri kepada yang Esa..
so.. lagi sekali aku tekan kan... tak salah berangan-angan..
dan ingat lah.. angan-angan yang baik ialah angan-angan yang disusuli dengan usaha...
tetapi.. yang tak baik nye bila angan-angan itu disusuli dengan angan-angan...
akhirnya... lalai dan lagho... membazir usia...
bukan kah membazir itu amalan syaitan.....

p/s: aku pun tak tahu apa yang aku taip ni.. minda tengah serabut... mungkin aku berangan-angan sambil menaip agaknya....


Monday, June 13, 2011

Mari berkahwin!

Alamak~~..
da main tajuk kahwin-kahwin plak ni...
bahaya aku ni...
menggatal sangat ke nak kahwin....
duit makan pun mintak mak bapak lagi..
ade hati mau kahwin..
hehehe...sebenarnye.. saje je..
tajuk tu nak buat gempak... 
walaupun tak gempak mana pun..
cuma nak kongsi pengalaman..
ape yang aku lalui semalam...
penat doh!!...
walaupun aku cuma tetamu yang "tak diundang"...
hahahahaha...
hanya duduk "terkangkang" kat dalam kereta..
tak buat apa-apa pun...
tapi serious rasa penat... apatah lagi pakcik makcik
serta sepupu- sepupu ku yang berhempas pulas...
hanya menghantar Kad Jemputan Kahwin kepada 
saudara dan sahabat handai.... 
pergi rumah orang ni..pergi rumah orang tu... 
hanya untuk menjemput..
supaya orang datang kemajlis yang bakal berlangsung..

bab kad jemputan da satu hal..
pastu kena pula memikirkan..perbelanjaan...
menu hidangan....hantaran... pergh!!..
gilo eden ni ha... walaupun bukan aku yang nak kahwin..
tapi bila aku tengok situasi macam tu... rase macam...
waw tension nye.....selama ni cuma tahu..
datang jemputan kahwin.. makan... pastu balik...
ni baru la aku tahu.. ape yang berlaku di sebalik tabir...
gambar hiasan
tapi apa-apa pun.. 
itu cuma "halangan" bagi jangka masa pendek je...
bila dah tiba hari yang dinantikan... dah jadi "Raja Sehari"..
hilang la semua halangan tu...beres!!..
bak kata orang.. " Selamat dah!!"
dan untuk jangka masa panjang... dah tak payah nak serabut
kepala lagi nak fikir tu.. fikir ni... cume yang penting..
tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh sang isteri dan sang suami
untuk memastikan masjid yang didirikan itu tetap kukuh serta harmoni
sepanjang hayat..
cewahhh!!.. dah macam pakar motivasi pulak dah..
hahahaha..

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya."


so... sekarang.. siapa yang mampu.. 
jangan tunggu lama-lama... bagus "dirikan masjid" ni..

p/s: dikesempatan ini... aku ingin mengucapkan.. Selamat Pengantin Baru kepada sepupuku..count down ni... lagi berapa hari je... =p


Friday, June 10, 2011

Bukan semua nya sempurna...

Assalamualaiku wbt..
jom berkongsi ilmu sedikit malam ni...
sharing is caring right?

bak kata orang..

"kita hanya merancang.. tapi Tuhan yang menentukan segalanya"


bila fikir balik.. besar juga skop ayat ni...
betul bukan?... tak semua benda yang kita rancang dapat ditunaikan...
tak semua perkara yang dirangka akan menjadi realiti...
adakah berlaku titik kesilapan didalam setiap perancangan kita??
tapi ada juga orang kata..


"kalau kita tak berusaha.. pasti kita tak akan berjaya"

tapi.. macam mana pula kalau kita dah berusaha bersungguh..
tapi masih lagi di takuk yang lama.. no changes at all..
atau pun erti kata lain... kita masih gagal...
gagal dalam setiap urusan yang kita lakukan..
tak cukup kah kita berusaha???!!.. 
atau pun... adakah kita masih lagi jauh dari sisi-Nya??

"tepuk dada tanya selera" wahai rakan-rakan...
adakah segalanya cukup dengan sekadar Usaha!!
ya.. "usaha tangga kejayaan"... tetapi tinggi manakah "tangga"
itu tanpa pertolongan si Dia yang di atas sana... 
Maha pencipta... Maha mengetahui...


kita ini hanya "pelakon" di atas pentas-Nya..
jika buruk "watak" yang dibawa...
buruk lah kualiti "cerita" nya..
jika bagus kita menghafal "skrip"...
maka bagus lah susunan "plot" nya...
dan ingatlah... seorang "pelakon" yang baik 
serta berkualiti.. adalah "pelakon" yang patuh..
tunduk.. dan akur kepada "Director" nya..


"sifat manusia... bukan semuanya sempurna..yang sempurna hanyalah Dia"..


terfikirkah anda.. bagaimanakah kita mahu menjadi insan yang sempurna disis-Nya..
renungkahlah... fikir...
wallahualam~~ 

p/s: muhasabah diri di malam hari.. memikirkan adakah apa yang aku rancang akan menjadi kenyataan~~

alamak!! da ter-"keluar" pulak!!!

hehehe...
ape pulak yang terkeluar tu kan...
takde bende pun sebenarnya...
actually jadual exam untuk student yg
amek short term paper macam aku ni da keluar...
and sedar tak sedar lagi 2 minggu je.. 
sekejap je da nak habis... express dow!!
ni ha aku punye jadual..


 klik untuk tumbesaran...

best tak?? tak best.... sebab tarikh die hujung sangat... 


p/s: hati cuak.. sebab result dah nak keluar plus cuak nak jawab exam.. hatoii..


Thursday, June 9, 2011

Orang-X : Kelas Pertama

yuhuuu...
hehehe... saje nak belagak sikit
kat sini... nak tau sebab ape...
FikriTaufik baru je lepas tengok

X-Men: First Class...
walaupun agak lambat dan tak macam 
orang lain yang menonton kat Panggung wayang...
aku hanya sekadar menonton di Screen Laptop
yang agak "uzur" ni... walaupun dengan hanya berbekalkan
headphone untuk merasai surrounding yang ala-ala gempak...
hahaha... statement tak bole blah kan??
huhu.. pedulik ape!!.. =D

ape yang aku nak citer skang ni...
kepada peminat-peminat tegar X-Men...
sila la tengok citer ni..... Best among the best..
setiap misteri dan persoalan yang di"bagi" bermula
dari X-Men the Movie, X-Men 2, X-Men 3: The last Stand,
X-Men Origin: Wolverine.. semuanya di ulas satu per satu
kat dalam movie ni... lepas aku tengok cerita ni...
baru la aku tahu.. apa yang terjadi kepada Prof.X..
kenapa dia terpaksa menggunakan "wilcha" selama ni..
(wilcha = wheelchair = Kerusi roda!! oke!!)
hahaha....and this is the prequel untuk X-Men Sagas....
plot cerita ni tak payah nak cerita panjang la...
kemas.. tersusun rapi... compact... tak meleret-leret...
cuma banyak sangat penggunaan bahasa "KGB" (Bahasa Russia laa!)
kat dalam movie ni... BEST!!!...and aku suka watak Mystic kat dalam movie ni...
dia sangat rapat dengan Prof.X... but then.. at the end of the movie..
she make her own choice... die ikut Erik Lehnsherr.. atau lebih "popular" digelar
Magneto.... so tak rugi pon kalau pegi menonton kat wayang..
tapi kalau da sengkek sangat macam aku ni haa... download je la.....
hehehehehe... =D..


aku bagi 5 bintang dari 5 bintang!!!!... superb and awesome!!!..


p/s:tergelak bila tengok Hugh Jackman cume jadi special appearance je dalam movie ni..=D


Wednesday, June 8, 2011

Pengumuman...

ehemm.. ehemm...
sedikit pengumuman...
dengan ini... saya nak bagi tahu...
saya da habis tengok "49 days"
yeay!!!!!!...

Monday, June 6, 2011

Bangkitlah semua!

ni lagu Layu - Malique ft. Tun Dr. Mahathir



 Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Jangan di paksa tapi ikutlah rentaknya..

assalamualaikum wbt..
haaa.. amek kau.. panjang salam tu..
tak jawab dosa...
rasa-rasanya.. apa pandangan korang tentang tajuk ni..

"Jangan di paksa..tapi ikutlah rentak nya.."

hehe.. nak kongsi sikit hari ni..
itu lah ungkapan dari seorang Hamba Allah yang banyak
memberi nasihat dan pengajaran kepada aku....

"One step at the time...lumrah manusia"..

manusia terbaik ialah manusia yang mampu mengubah 
dirinya ke arah kebaikan..

"Allah tidak akan mengubah hidup hambanya melainkan dia berusaha
untuk mengubah dirinya sendiri"...

maksud "mengubah diri" ni... adalah berubah demi kebaikan..
bukan nya kepada perkara yang mungkar..

"amar ma'ruf nahi mungkar"


jangan la pulak yang lelaki nak berubah jadi perempuan..
perempuan nak jadi lelaki...
yang baik nak jadi jahat.. yang jahat jadi makin jahat..
ini lah dunia... lumrah manusia...

"tapi ingat.. sebelum kita nak mengubah orang lain..cermin diri sendiri dulu"

"kita perlu bantu sahabat-sahabat kita yang terpesong jauh dari
landasan akidah.. tapi jangan diPAKSA"..


"ibarat pahat dengan penukul.. sekali disuruh.. sekali jela yang dia buat"

jadi kita gunalah konteks "ikutlah rentaknya"..
sebenarnya mereka mampu kembali ke jalan yang diredhai Allah...
cuma.. mereka perlukan bimbingan secara beransur- ansur...
jangan main "bagi" je.... ibarat memasukkan sebongkah batu kedalam straw..
kalau kita pun.. buat latihan matematik.. 10,000 soalan diPAKSA siapkan dalam masa
10 minit... mane maunye... memberontak lagi ada.. betul tak...last last..
buat kerja tak ikhlas...


jadi... buat lah "step by step"... berdakwah secara kecil-kecilan...
sehinggalah dapat menerima dakwah itu dengan hati yang terbuka...
kalau kita tak mampu menyampaikan nya secara lisan.... mulakan dengan pergerakan..
use your body language... banyak lagi cara lain daripada menggunakan percakapan..


"sedarlah.. mulut manusia lebih tajam dari mata pedang"


mungkin ada yang boleh menerima.. namun ada juga yang mungkin akan terasa...


"kerana mulut badan binasa"

betul tak kawan.... jadi... hiduplah di atas bumi Allah 
ini dengan sebaik-baiknya.....memaksa juga ada "limit" nya...

"kalau tak MAMPU buat 10... buat 1 pun jadi laa.."


"sikit- sikit... lama-lama nanti jadi banyak la.."

moral of the story... berubahlah demi kebaikan... jangan terlalu gopoh!..
satu langkah bagi satu-satu masa... Terima kasih Hamba Allah!

p/s: motif entry..muhasabah diri untuk DIRI SENDIRI pada hari isnin yang indah ini.. Subhanallah~~