Wednesday, July 13, 2011

kau bawak "bekal" apa?

Assalamualaikum wbt...
lama jugak tak meng-update blog..
agak busy sikit kebelakangan ni..
hehehehe...
diam tak diam... kita sudah pun melangkah 
masuk ke bulan July... 
yeay!!!.. sangat seronok....
nak tahu kenapa.... bila tibanya bulan July tahun ni..
maka muncul la jua bulan Syaaban dalam tahun ini...
dan jangan lupa.. cerita favorite "saya" dah nak keluar di panggung..
"Harry Potter dan Azimat Maut Bahagian II"..
hahahaha... 
jadi ini lah bulan yang dinanti-nantikan...
sebagai persediaan untuk menempuh bulan mulia yang bakal tiba..
iaitu bulan Ramadhan.... dah bersediakah kita nak puasa..
kalau belum... mula lah dari sekarang.. ber'tatih' dahulu...
lama-lama nanti biasalah la...
takde la "culture shock" nanti bila dah masuk bulan Ramadhan...
kan~~~~
korang tau tak.. bulan Syaaban ni banyak kelebihannya...
sampaikan Rasulullah S.A.W. pun pernah bersabda:

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, 
dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku....."



Syaaban bulan untuk menghapus dosa...
dan Ramadan bulan untuk menyucikan diri dari dosa...
dalam bulan ini Baginda Rasulullah S.A.W banyak melakukan amal ibadah..
maka.. kita juga haruslah mencontohi beliau...
sudah tiba masanya nak cari bekalan.. kalau tak.. bila lagi..
betul kan??..

"apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak – anak yang soleh"..


jadi sekarang lah masanya kita bertungkus lumus berlumba-lumba...
mempersiapkan bekalan kita untuk hari pengakhiran kelak....


berbalik kepada bulan Syaaban... Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda lagi:


 "Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah 
tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah 
Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala 
Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini,
dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur,
bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, 
dan diwajibkan syurga ke atasnya.."

SubhanAllah.. sampai macam tu sekali kelebihan bulan Syaaban ni... 
boleh dikatakan bulan di mana setiap doa orang-orang 
beriman akan dimakbulkan Allah...
Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya 
dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap 
memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas 
dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga 
adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan 
amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang 
keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat 
selagi hayat di kandung badan....

p/s: tak sabar nak puasa... =)


2 comments: