Sunday, August 22, 2010

Paper-Plane

sangat bosan sekarang..
rase macam nak pegi panjat bangunan yang paling tinggi..
yang paling tinggi kat Shah Alam ni...
nak meng"hibur"kan hati kat atas tu..
rasa macam nak terjun je ke bawah..
heh!!!!.. jangan dosa..

takde la..
aku rasa macam nak lipat melipat paper-plane banyak-banyak..
pastu.. release kan semua tu dari atas bangunan..
mesti seronok kan...
pastu orang kat bawah maki memaki..
"woi!!! budak!! takde keje ke??.. aku penat kutip sampah laa!!!"
haha.. pastu cabut lari..
mesti seronok lagi kalau dapat buat same2 dengan orang ter"sayang"..
tapi tu dulu...
sekarang ni aku dapat buat sorang2 pun pon da cukup bagus da..



PAPER-PLANE~~ Kasih sayang kat dunia ni macam paper-plane ke??
sekali di lepaskan tak kan jumpa lagi...


Sunday Morning..

Huhu... dah hari ahad dah..
sekejap je..
heh!!..
mane tak nye...
orang len lecture 5 kali seminggu..
aku 6 kali seminggu..
semalam..
hari sabtu pon ade kelas... haish!!...
kelas ganti plak tu..
naseb baek ganti untuk raya...
kalau tak memang malas aku nak pegi..

heeeee... tapi tak pe la kan...
kalau aku tak pegi kelas semalam..
tak dapat la aku buat Test ODE kan??
and tak dapat la jugak aku kuar berbuka ngan Zai n Fieza (heh!! puase ke.. ooppss..)..

semalam kuar jalan2.. pegi PKNS je.. pastu gi PAS..
aku ngan fieza nak cari Micro SD Card.. untuk mp3..
tapi dalam perjalanan tu... ade situation yang menarik berlaku..
ade kitten kat dalam bus... comel sangat...
nak tengok??


comel kan??? -sumber: Zai's Mobile phone..

haha..pastu da sampai PAS..
pelagi...
Misi bermula la..
shopping sikit..
aku ngan fieza plak cari Micro SD tu..
heeee..

then da selesai semua tu..
ikot Zai beli kerongsang plak.. heh!!..
aku tak tau pape pasal Kerongsang... so..
aku diam jela...
eh!! jap2... betol ke aku eja kerongsang.. ke keronsang??
haishhh!! kompius plak da..

tak pe la.. paham-paham sendiri la yek..

ok2.. sambung balik citer..
pas da abes semua... terus direct pegi KFC..
bukak puasa time...
sementara menunggu waktu berbuka tu...
sempat jugak la bergambar..
Zai ngan Fieza je.. aku takde..
takde mood nak amek gambar sendiri..
hehe.. sebab tengah sangat serabai time tu..
wahahahaha... =))


posing sakan!!!.. hahaha.. =))


Kak ling dan Mak cik C*n#(name fames yg perlu dirahsiakan..die type dalam blog die..)

muka lapar... hikhik...=))


pobondo ni eh??

pastu... da abes makan semua..
singgah VINCCI jap..
Fieza nak carik ape tah..
then..
kiteorang pun balik...
naek Bus U601..
aku turun seksyen 2.. dorang balik seksyen 7..
sampai bilik makan Honey star...
wahahaha...=)

P/s: balik bilik je dapat berita yang jiran aku passed away..inalillah.. Takziah jugak kat Put.. ayah dia meninggal betol2 pas abes test ODE semalam.. Sayu pulak hati aku ni... ntah esok lusa kite pulak yang akan pegi... ajal maut kat tangan DIA kan...

Sunday, August 15, 2010

Hitam dan Putih

WAHAHAHAHA!!!!

kelakar dan sangat kelakar...
Hitam dan Putih...
sekali dengar macam citer bawang merah
bawang putih plak kan???

tapi itu la yang telah berlaku...
Nia itam dan Nia puteh...
adek beradek ke??

hmmm....
kompius gak ni... naseb baek dapat dibeza kan...
tapi... nak beza kan macam mane???

haaa....
sila buat satu ujikaji...
kalau salah sorang tu bole buat MAGIC...
maka dia la Nia itam...
kalau salah sorang lagi tu bole memancarkan cahaya...
maka dia la Nia puteh...

lagi satu... kalau dalam gelap...
sila la jerit dengan kuat "HANTU TUDUNG TERAPUNG!!!!!!!!!"
kalau die menyahut...
maka die la Nia itam...

p/s: motif entri ni... nak menganjing Noor Izatie Amaliena dan bukan Nur Izzati Amalina...
wahahahhaaaa....gurau2 je yek... =p


Saturday, August 14, 2010

All k-pop

tengah sebok dok ushar allkpop..
tetibe teringat kat zai..
pastu..
tetibe plak teringat kat
ss501..
pastu teringat plak
lagu 'Love Like This"
pastu terus layan..
hahhaha..

p/s:motif entry... bosan+perut kembung..
baru lepas bukak pose..=)))


mesti tonton



Filem: The Expendables
Genre: Aksi
Pengarah: Sylvester Stallone
Pelakon: Sylvester Stallone, Jason Statham, Jet Li, Eric Roberts, Steve Austin, Dolph Lundgren, Randy Couture, David Zayas, Giselle Itie, Charisma Carpenter, Gary Daniels, Terry Crews, Mickey

PADA ketika kebanyakan filem aksi hari ini turut mendapat bantuan daripada kecanggihan teknologi imejan janaan komputer atau CGI, demi merealisasikan kemustahilan, The Expendables membuktikan, aksi gaya 80-an tetap mampu menghiburkan penggemar filem bercorak lasak dan ganas.

Filem yang diarahkan sendiri oleh bintang utamanya, Sylvester Stallone, berkisar pada usaha sekumpulan askar upahan untuk menjayakan misi menggulingkan seorang pemimpin diktator di sebuah negara kecil di Amerika Selatan.

Selepas menerima tugasan terbabit daripada Church (Bruce Willis), Barney Ross (Stallone) dan Lee Christmas (Jason Statham) terbang ke Vilena untuk bertemu dengan orang hubungan, Sandra (Giselle Itie), wanita yang penuh semangat tetapi misteri. Selepas memusnahkan sasaran, dua lelaki itu pulang ke Amerika, namun Sandra enggan mengikuti mereka.

Daripada maklumat yang diperoleh, Barney mendapati, Jeneral Gaza (David Zayas) bukanlah musuh sebenar. Sebaliknya dalang di sebalik kesemua kezaliman itu ialah bekas ejen CIA, James Monroe (Eric Robers) serta orang kanannya, Paine (Steve Austin).
Tidak sanggup menerima kegagalan misi berkenaan, Barney ingin kembali ke Vilena untuk menyelamatkan wanita terbabit, seterusnya menamatkan kesengsaraan penduduknya. Selain Christmas, turut serta dalam misi terbabit ialah ahli seni bela diri, Yin Yang (Jet Lee); pakar senjata, Hale Caesar (Terry Crews); dan perancang gerakan yang juga pakar pemusnah, Toll Road (Randy Couture).

Ketika yang sama, rakan mereka yang bermasalah, Gunnar Jensen (Dolph Ludgren) bersekongkol dengan Monroe setelah berasakan khidmatnya tidak lagi diperlukan kumpulan The Expendable.

Menonton filem ini tidak memerlukan kita berfikir secara mendalam. Sebagai sebuah filem aksi yang bersifat lurus, tiada plot sampingan yang memeningkan ditampilkan penulis skrip, dengan harapan memberikan impak lebih kepada penceritaan.

Stallone tidak memerlukan elemen penceritaan bukan-bukan bagi menjayakan filem arahannya. Sebaliknya, dia mengumpulkan barisan pelakon lasak terkemuka, dari era terdahulu sehingga sekarang, muatkan pula babak aksi yang ganas mendebarkan lagi membingitkan telinga, The Expendables sudah cukup untuk membuatkan penonton keluar panggung dengan kepuasan.

Mungkin sedikit keterlaluan buat sesetengah penonton, namun himpunan babak aksi dalam filem ini dianggap cukup hebat. Babak akhir menyaksikan episod pertarungan secara berdepan mahupun pertempuran senjata yang agak panjang.
Daripada kung fu, gusti, tinju, tembakan senjata api hinggalah letupan helikopter, Stallone cuba menghidangkan segala elemen aksi yang termampu buat peminat.

Kewujudan banyak karakter dalam filem ini turut memberikan warna yang pelbagai kepada ceritanya. Namun begitu, watak Barney menjadi tunjang yang memegang kuat penceritaan. Walaupun bukanlah lakonan terbaik Stallone, namun aktor itu kelihatan berusaha untuk memberikan sentuhan emosi dalam persembahan.

Kehadiran begitu ramai aktor lasak popular, dulu dan kini, sememangnya faktor paling kuat untuk menarik penonton ke panggung. Tidak cukup dengan Stallone, Statham dan Li, The Expendables turut mengundang Willis dan Arnold Schwarzenegger. Walaupun muncul untuk satu babak cuma, kehadiran mereka pada hakikatnya meninggalkan kesan besar kepada filem berkenaan.

Paling menonjol tentu sekali Rourke, yang memegang watak Tool, bekas anggota kumpulan itu yang tidak lagi aktif. Dialah yang sebenarnya menyedarkan Barney perihal pentingnya nilai kemanusiaan dan kewujudan jiwa dalam diri mereka.
Babak dia menuturkan monolog di garaj yang dijadikan markas kumpulan terbabit, menyerlah bakat lakonan hebat milik pelakon berkenaan.

Ringkasnya, The Expendables mampu muncul sebagai filem aksi memuaskan untuk peminat. Tidak perlu berfikir lebih, kisahnya mudah diikuti. Paling penting, babak aksinya memang berada pada kelas tersendiri.

--Sumber BHarian Online--

p/s: sangat sakit mate dalam panggung.. sebab banyak giler scene letop-meletop.. =))