Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Monday, November 21, 2011

tak boleh tido~~

assalamualaikum~~~
halamak.... lame nye tak menjengah ini belog...
habok habok banyak maa... kasi wa bersin...
haachummm!!!...

hihihi.. lame sunggu tak bersoSIAL kat dunia blog ni..
busy aje memanjang... nak buat macam mana...
life as a student (*alasan lapuk)...
banyak assignment... kannn.....

sangat sangat tipu la kalau seorang student itu tak
merungut pasal assignment melambak banjir ye tak??..

hahaha... motif menaip hari ni sebab tak boleh nak tido...
sekarang tengah pukul 2.25 pagi... mata masih lagi segar...
telinga sedang asyik mendengar lagu Lonely by 2NE1...
banyak kali ulang....  dan perut pun agak lapar...
jadi tadi baru je lepas melantak magghetti...

haaaa... tau tak ape itu magghetti..... resepi campak campak saye sendiri..


ni la yang di namakan magghetti...
maggi + kuah spaghetti... hahahaha..
sungguh enak di makan di malam hari...
siyes tak tipu... membuka selera... 


hihi... da takde keja kan... makanan pon bole main campak -campak...
pastu makan.... erkk?

dan sekarang.. mata masih lagi segar... tak bole tutup...
ni macam tanda tanda nak kena insomnia lagi je nii...
hahaha... get ready ubat tido dulu ye... pain killer..


hadoiiiii.... puas da kira biri-biri...
tak jalan jugak... hmmm...
redha...


p/s: lupe plak... nak ucap tahniah kat  dua orang sepupu aku yang baru baru ni da bertunang...pasni tunggu majlis besar je la.... hahahah...







Thursday, September 8, 2011

sekian lama ber-hibernasi...

salam....
hohoiii....
lama bebeno idok menghapdate entry yek..
almaklum laa.. sibuk...berhibernasi...
makan minum tidur...
kan best... bak kate omputeh.. "heaven!"
last update first Ramadhan...
sekarang ni dah 10 Syawal da..
memang dah lama tak mengarut kat sini...


Macam mana Raya!?.. best tak?
hehehe... haruslah best... jumpe saudara mara...
sepupu sepapat... pak cik mak cik...
anak-anak buah...cucu cicit (* ade ke?)
bila lagi kan nak jumpe ramai-ramai... berkumpul....
mengeratkan tali persaudaraan...
kalau tak semua sibuk je memanjang... dalam setahun pun..
belum tentu kita kerap kali berjumpe sesama ahli keluarga...
yang mana rindu tu... lepaskan la rindu tu sepuas- puasnya...
So... dah nama pun raya... dah pakai baju cantik-cantik..
tak sah la pulak kalau tak bergambar kan??
nak buat kenangan katanye.. buat pengubat rindu...
nak-nak yg macam ni haaa...

Family Ayah

hehehe.. siap bendera Malaysia bagai haa...
semangat... Raya sambil sambut Merdeka...
hehehe... yang ni.. Family Ayah....
Gambar Family Ibu.. takde...
sedih pulak.... tak sempat nak ambil... Balik kampung Ibu
lewat sangat... kalau tak.. mesti dah dapat bergambar daa..
takpe takpe..yang penting... Family bonding tu tetap kuat dan kukuh!..


hurmmm.. next monday lecture dah nak mula dah...
setelah hampir 4 bulan bercuti di rumah "membina badan"..
akhirnya...Cuti pun dah nak habis....


alaaaaaaa... malas la pulak nak balik Shah Alam....
mood belajar tak sampai lagi laaaa...
kan best kalau Shah Alam tu belakang rumah je....
hari hari boleh ulang-alik....
belajar oh belajar..entah bole ke tak terima Lecture...
duduk rumah berhibernasi lama sangat... hehehe...


p/s: sambil taip entry ni saya bengang tahap cipan kene terajang dengan gorila sangat sangat kat Selkom BerOkben ni... asyik membawa masalah je macam ni haaa...

Klik untuk tumbesaran

Monday, August 1, 2011

tibanya Ramadhan..

Alhamdulillah...
da tiba jua bulan yang paling dinanti-nantikan..
bulan penuh kerahmatan..
bulan yang menjadi kesukaan aku masa kecik-kecik dulu...
yela.. mana tak nya....
pagi bangun sahur.. petang pulak tunggu juadah yg bermacam-macam..
hhehehehee...
seronok...
hmmm.. okey la... nak taip panjang-panjang penat pulak...
nak ceciter pasal bulan Ramadhan pun...
rasenye.. ramai Bolgger yang lain dah buat... 
lagi seronok baca hasil nukilan orang lain compare
dengan hasil "taipan" tangan sendiri..
betul tak??
hihihihi...
*pemalas sebenarnya..
semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...
insya'Allah...

p/s: ape mak masak untuk sahur nanti ye??

Monday, July 18, 2011

Nak buat apa dengan semua ini?



ok!!..
dah nampak kan??
jadi ketiga-tiga gambar kat atas ni telah menjadi satu isu...
dan itu adalah beberapa koleksi yg sempat di upload untuk entry ini...
ade lagi.. tapi cik berokben saye tetiba hari ni *lembab!!
Isu: lambakan barang di rumah.. Mak suruh kemas.. macam mana ni???
hmmmm...nak "bako" sayang...
nak jual sayang...
nak buang?... hmm.. lagi la sayang...
jadi nak buat apa dengan semua ini?
dah lama dikumpul... tak kan mahu di lepaskan
begitu sahaja.... saya "sayang banyak" kat majalah-majalah ini...
kalau derma.. ade orang nak ke??
alamak.. dilemma la pulak kan....
perkara remeh pun boleh jadi isu...

p/s: cuba bayangkan... mula di kumpul sejak aku 16 tahun (Form 4).. dan kini masih mengumpul walaupun usia dah mencecah 22 tahun...

Lelaki Kacak

Assalamualaikum...
tadi tengah surf something...
then terjumpa artikel ini...
apa kata.. kita luangkan sikit masa untuk baca
artikel ini.. tak rugi pun...
jom berkongsi ilmu....

Hadis yang Menarik Rasulullah PBUH
Rasulullah PBUH bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi...

Rasulullah PBUH  bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

p/s: Al-Quran Al-Karim.... ni dah nak masuk bulan Ramadhan.. ape kata kita luangkan sedikit masa "mentelaah" kitab suci...

Monday, June 13, 2011

Mari berkahwin!

Alamak~~..
da main tajuk kahwin-kahwin plak ni...
bahaya aku ni...
menggatal sangat ke nak kahwin....
duit makan pun mintak mak bapak lagi..
ade hati mau kahwin..
hehehe...sebenarnye.. saje je..
tajuk tu nak buat gempak... 
walaupun tak gempak mana pun..
cuma nak kongsi pengalaman..
ape yang aku lalui semalam...
penat doh!!...
walaupun aku cuma tetamu yang "tak diundang"...
hahahahaha...
hanya duduk "terkangkang" kat dalam kereta..
tak buat apa-apa pun...
tapi serious rasa penat... apatah lagi pakcik makcik
serta sepupu- sepupu ku yang berhempas pulas...
hanya menghantar Kad Jemputan Kahwin kepada 
saudara dan sahabat handai.... 
pergi rumah orang ni..pergi rumah orang tu... 
hanya untuk menjemput..
supaya orang datang kemajlis yang bakal berlangsung..

bab kad jemputan da satu hal..
pastu kena pula memikirkan..perbelanjaan...
menu hidangan....hantaran... pergh!!..
gilo eden ni ha... walaupun bukan aku yang nak kahwin..
tapi bila aku tengok situasi macam tu... rase macam...
waw tension nye.....selama ni cuma tahu..
datang jemputan kahwin.. makan... pastu balik...
ni baru la aku tahu.. ape yang berlaku di sebalik tabir...
gambar hiasan
tapi apa-apa pun.. 
itu cuma "halangan" bagi jangka masa pendek je...
bila dah tiba hari yang dinantikan... dah jadi "Raja Sehari"..
hilang la semua halangan tu...beres!!..
bak kata orang.. " Selamat dah!!"
dan untuk jangka masa panjang... dah tak payah nak serabut
kepala lagi nak fikir tu.. fikir ni... cume yang penting..
tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh sang isteri dan sang suami
untuk memastikan masjid yang didirikan itu tetap kukuh serta harmoni
sepanjang hayat..
cewahhh!!.. dah macam pakar motivasi pulak dah..
hahahaha..

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya."


so... sekarang.. siapa yang mampu.. 
jangan tunggu lama-lama... bagus "dirikan masjid" ni..

p/s: dikesempatan ini... aku ingin mengucapkan.. Selamat Pengantin Baru kepada sepupuku..count down ni... lagi berapa hari je... =p


Friday, June 10, 2011

Bukan semua nya sempurna...

Assalamualaiku wbt..
jom berkongsi ilmu sedikit malam ni...
sharing is caring right?

bak kata orang..

"kita hanya merancang.. tapi Tuhan yang menentukan segalanya"


bila fikir balik.. besar juga skop ayat ni...
betul bukan?... tak semua benda yang kita rancang dapat ditunaikan...
tak semua perkara yang dirangka akan menjadi realiti...
adakah berlaku titik kesilapan didalam setiap perancangan kita??
tapi ada juga orang kata..


"kalau kita tak berusaha.. pasti kita tak akan berjaya"

tapi.. macam mana pula kalau kita dah berusaha bersungguh..
tapi masih lagi di takuk yang lama.. no changes at all..
atau pun erti kata lain... kita masih gagal...
gagal dalam setiap urusan yang kita lakukan..
tak cukup kah kita berusaha???!!.. 
atau pun... adakah kita masih lagi jauh dari sisi-Nya??

"tepuk dada tanya selera" wahai rakan-rakan...
adakah segalanya cukup dengan sekadar Usaha!!
ya.. "usaha tangga kejayaan"... tetapi tinggi manakah "tangga"
itu tanpa pertolongan si Dia yang di atas sana... 
Maha pencipta... Maha mengetahui...


kita ini hanya "pelakon" di atas pentas-Nya..
jika buruk "watak" yang dibawa...
buruk lah kualiti "cerita" nya..
jika bagus kita menghafal "skrip"...
maka bagus lah susunan "plot" nya...
dan ingatlah... seorang "pelakon" yang baik 
serta berkualiti.. adalah "pelakon" yang patuh..
tunduk.. dan akur kepada "Director" nya..


"sifat manusia... bukan semuanya sempurna..yang sempurna hanyalah Dia"..


terfikirkah anda.. bagaimanakah kita mahu menjadi insan yang sempurna disis-Nya..
renungkahlah... fikir...
wallahualam~~ 

p/s: muhasabah diri di malam hari.. memikirkan adakah apa yang aku rancang akan menjadi kenyataan~~

alamak!! da ter-"keluar" pulak!!!

hehehe...
ape pulak yang terkeluar tu kan...
takde bende pun sebenarnya...
actually jadual exam untuk student yg
amek short term paper macam aku ni da keluar...
and sedar tak sedar lagi 2 minggu je.. 
sekejap je da nak habis... express dow!!
ni ha aku punye jadual..


 klik untuk tumbesaran...

best tak?? tak best.... sebab tarikh die hujung sangat... 


p/s: hati cuak.. sebab result dah nak keluar plus cuak nak jawab exam.. hatoii..


Thursday, June 9, 2011

Orang-X : Kelas Pertama

yuhuuu...
hehehe... saje nak belagak sikit
kat sini... nak tau sebab ape...
FikriTaufik baru je lepas tengok

X-Men: First Class...
walaupun agak lambat dan tak macam 
orang lain yang menonton kat Panggung wayang...
aku hanya sekadar menonton di Screen Laptop
yang agak "uzur" ni... walaupun dengan hanya berbekalkan
headphone untuk merasai surrounding yang ala-ala gempak...
hahaha... statement tak bole blah kan??
huhu.. pedulik ape!!.. =D

ape yang aku nak citer skang ni...
kepada peminat-peminat tegar X-Men...
sila la tengok citer ni..... Best among the best..
setiap misteri dan persoalan yang di"bagi" bermula
dari X-Men the Movie, X-Men 2, X-Men 3: The last Stand,
X-Men Origin: Wolverine.. semuanya di ulas satu per satu
kat dalam movie ni... lepas aku tengok cerita ni...
baru la aku tahu.. apa yang terjadi kepada Prof.X..
kenapa dia terpaksa menggunakan "wilcha" selama ni..
(wilcha = wheelchair = Kerusi roda!! oke!!)
hahaha....and this is the prequel untuk X-Men Sagas....
plot cerita ni tak payah nak cerita panjang la...
kemas.. tersusun rapi... compact... tak meleret-leret...
cuma banyak sangat penggunaan bahasa "KGB" (Bahasa Russia laa!)
kat dalam movie ni... BEST!!!...and aku suka watak Mystic kat dalam movie ni...
dia sangat rapat dengan Prof.X... but then.. at the end of the movie..
she make her own choice... die ikut Erik Lehnsherr.. atau lebih "popular" digelar
Magneto.... so tak rugi pon kalau pegi menonton kat wayang..
tapi kalau da sengkek sangat macam aku ni haa... download je la.....
hehehehehe... =D..


aku bagi 5 bintang dari 5 bintang!!!!... superb and awesome!!!..


p/s:tergelak bila tengok Hugh Jackman cume jadi special appearance je dalam movie ni..=D


Monday, June 6, 2011

Jangan di paksa tapi ikutlah rentaknya..

assalamualaikum wbt..
haaa.. amek kau.. panjang salam tu..
tak jawab dosa...
rasa-rasanya.. apa pandangan korang tentang tajuk ni..

"Jangan di paksa..tapi ikutlah rentak nya.."

hehe.. nak kongsi sikit hari ni..
itu lah ungkapan dari seorang Hamba Allah yang banyak
memberi nasihat dan pengajaran kepada aku....

"One step at the time...lumrah manusia"..

manusia terbaik ialah manusia yang mampu mengubah 
dirinya ke arah kebaikan..

"Allah tidak akan mengubah hidup hambanya melainkan dia berusaha
untuk mengubah dirinya sendiri"...

maksud "mengubah diri" ni... adalah berubah demi kebaikan..
bukan nya kepada perkara yang mungkar..

"amar ma'ruf nahi mungkar"


jangan la pulak yang lelaki nak berubah jadi perempuan..
perempuan nak jadi lelaki...
yang baik nak jadi jahat.. yang jahat jadi makin jahat..
ini lah dunia... lumrah manusia...

"tapi ingat.. sebelum kita nak mengubah orang lain..cermin diri sendiri dulu"

"kita perlu bantu sahabat-sahabat kita yang terpesong jauh dari
landasan akidah.. tapi jangan diPAKSA"..


"ibarat pahat dengan penukul.. sekali disuruh.. sekali jela yang dia buat"

jadi kita gunalah konteks "ikutlah rentaknya"..
sebenarnya mereka mampu kembali ke jalan yang diredhai Allah...
cuma.. mereka perlukan bimbingan secara beransur- ansur...
jangan main "bagi" je.... ibarat memasukkan sebongkah batu kedalam straw..
kalau kita pun.. buat latihan matematik.. 10,000 soalan diPAKSA siapkan dalam masa
10 minit... mane maunye... memberontak lagi ada.. betul tak...last last..
buat kerja tak ikhlas...


jadi... buat lah "step by step"... berdakwah secara kecil-kecilan...
sehinggalah dapat menerima dakwah itu dengan hati yang terbuka...
kalau kita tak mampu menyampaikan nya secara lisan.... mulakan dengan pergerakan..
use your body language... banyak lagi cara lain daripada menggunakan percakapan..


"sedarlah.. mulut manusia lebih tajam dari mata pedang"


mungkin ada yang boleh menerima.. namun ada juga yang mungkin akan terasa...


"kerana mulut badan binasa"

betul tak kawan.... jadi... hiduplah di atas bumi Allah 
ini dengan sebaik-baiknya.....memaksa juga ada "limit" nya...

"kalau tak MAMPU buat 10... buat 1 pun jadi laa.."


"sikit- sikit... lama-lama nanti jadi banyak la.."

moral of the story... berubahlah demi kebaikan... jangan terlalu gopoh!..
satu langkah bagi satu-satu masa... Terima kasih Hamba Allah!

p/s: motif entry..muhasabah diri untuk DIRI SENDIRI pada hari isnin yang indah ini.. Subhanallah~~ 




Wednesday, May 25, 2011

Fitnah itu lebih teruk dari Membunuh

ok.... tadi aku "meluncur-luncur" di internet mencari Ilmu... 
dan aku jumpa artikel ni... dan sebagai Makhluk Allah di atas muka bumi ni...
aku rase aku patut berkongsi ilmu dengan orang lain...
ilmu makin dikongsi makin banyak...
so, tadi aku bukak I Luv Islam..
then ade satu artikel pasal "holy water"...
sangat2 interesting..
jom kita luang kan sedikit masa baca artikel ni..
tak rugi apa2 pon...

"Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.

Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.

Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran

"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]

Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian. Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".

Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.

"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]

Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian."

-Artikel Iluvislam.com

p/s: tak salahkan berkongsi ilmu.... =)

sabar selama "49 hari"


lamenye bersabar...
sampai "49 hari"...
hahahaha.... tapi kenapa "49 hari"...
hehe... sebenarnye takde kene mengena
langsung pun ngan sabar...
cume... aku nak meluahkan rasa hati..
yang sangat2 membuak ini...
sangat2 nak tengok Drama "49 days"...
waaahh~~~ baru je tengok trailer kat En.Youtube tadi..
sangat interesting... citer die pasal ade sorang
perempuan ni... die eksiden.. pastu coma...
dan die diberi peluang untuk "bangkit" kembali..
tetapi bersyarat... die kene cari 3 orang yg sanggup
mengeluarkan "air mata sejati" hanya untuk die..
maknenye... 3 orang ni kene betul2 ikhlas laa untuk dia...
so... untuk menjalankan misi ni... die terpaksa guna badan orang lain...
ni macam main tukar-tukar roh laa ni.... selama 49 hari...
tu sebab tajuk die "49 days"...waaaahh~
tak sabar nye nak tengok..
tapi malang nye aku takde pon citer ni...hahaha...
takpe2.... nanti aku copy kat Zai...
die da ade full episode da....


p/s: tak sabar nak copy besok...





alamak.. daripada "Bonamana" terus jadik "Bijin"...

haa... kalau sebut je "Bonamana"...
kompem2 akan ingat Super Junior (SuJu)..
hehehe...
SuJu skang baru je release kan single Bonamana
dalam versi jepun... hahaha....
cuma yang agak weird sikit. tajuk lagu ni terus tukar...
dari Bonamana kepada Bijin...
dah macam Bijirin pulak kann...
tapi pape pon aku layan....
SuJu memang the best... lagi pon..
da lama SuJu tak kuar kan MV baru...
jom kite ushar~~




my favourite group ada CF baru

Favourite group aku ade CF baru...
hehehe... sangat comel...
the power of 9...
i love SoShi... 
소녀시대 (Girl's Generation)...
jom kita pi tengok awek2 ni promote 
air teh Lipton... 
oh my YooNa~~ =D



Tuesday, May 24, 2011

Entry baru + Review

Hallo hallo... hehehe..
ade orang kate blog aku da berhabuk2...
hehehe... memang betul pon...
asal log in blogger je.. mesti tersedak..
tersedut habuk kat dalam blog ni...
hehehe...
ok la... bagi nak elakkan blog ni sunyi sepi tanpa
luahan hati aku... ape kata aku share sikit pasal citer
"peberet" aku yang aku tengok hari tu..
haaaa... ape lagi... Nur Kasih The Movie (NKTM) laa..
nak bagi review sikit...
First day citer ni keluar... terus berebut gi mid ngan classmate..
Fariq, Fieza and Zai... cik Bella nak ikut sekali plan asalnya..
tapi die ade kelas plak petang tu...
disebabkan nak tiket awal.. terpaksa la kitorang duduk berpecah
belah kat dalam panggung hari tu...
ok.. daripada aku dok merapu.. baik aku straight terus citer kat korang..
mai baca review ni...

starting cerita buatkan mood menonton membuak-buak..
Babak kereta api meletop bagi aku benar-benar mencuri tumpuan..
buat orang tertanya-tanya...
pastu masuk bab Aidil berduka kerana kehilangan isterinya Aliya.
plot cerita  agak lambat sikit mase ni.....
maybe nak orang menghayati kesedihan hati Aidil yang kematian isteri.
huhuhu... mula2 je da sebak didada.. hahaha..
pastu masuk plak citer pasal Nur ngan Adam...
kebahagian pasangan suami isteri ini semakin terserlah
bila Nur disahkan mengandung.Diorang happy giler...tapi..
pastu ade benda buruk jadi kat diorang ni..nak tau ape jadi..
kne gi tengok... hehehe..
untuk menenangkan diri kembali kepadaNya..
diorang gi bercuti di Jordan... 
sape yg teringin sangat nak gi Jordan tapi tak dapat..
tengok la citer ni.. banyak tempat menarik...
haaa... mase kat Jordan ni la ade insiden yg berkait ngan kereta api yg meletop tu..
Then.. lau nak tau selebihnya... kene la tengok sendiri.. 
kalau cite banyak2..
nanti spoil plak kan... hahahaha..

Secara peribadi aku suka "kimia" antara ketiga-tiga pelakon utama..
dorang tak nampak kekok sama sekali dengan dialog-dialog yang mereka lontarkan.
Thumbs up untuk Remy Ishak, Tiz dan Fizz Fairuz...
Secara keseluruhannya, saya berikan cerita ini 4 daripada 5 bintang...
Yang penting, cerita ini tidak mengecewakan...
sebab banyak mesej yang tersirat disetiap dialog yg di lontarkan..

Thursday, May 5, 2011

semuanye susah!!!

saya hampa..
saya kecewa...
tapi sempat pula berbloging
time2 exam ya....


bende yang pelik dalam gambar ni semua
adelah code subject yang aku kene amek semester ni..
dan keempat2 subjek ni memberikan impak negative
dalam hidup aku!!!...
hai nasib badan...... takpe laa... tawakal kepada-Nya.. amin...


Sunday, May 1, 2011

ko watpe?

hei... lama sungguh tak meng-update
blog ni... memang lama sangat2...
bersawang-sawang da...
anyway... disebab kan busy sikit ngan study..
tak menyempat nak update entry...

sekarang ni pon tengah exam week..
tapi tetiba macam ade masa plak nak online meng-online ni...
sebenar nye kepala tengah pening ni...
baca buku En. Yasyas...
tak masuk2 dari tadi...
so... relex la kejap...
then... muncul 1 idea dalam kepala ni...
apa jawapan kawan2 aku kalau aku mesej..
"ko wtpe?" (kau buat apa?)..
jadi experiment pon dijalankan...

Objective: nak tahu reaksi sample bila dorang dapat mesej macam ni.
Hypothesis: semakin banyak sample semakin banyak respon... 
Bahan: sample(rakan2).. seperti yo, fieza,zatie,zai,zul,puteri dan juga jah.. 
Radas: henpon aku, no.telefon dorang dan kredit yang mencukupi... 
Prosedur: taip "ko wtpe?"  macam gambar kat bawah ni dan sent kpd sample. tunggu respon.

results:
pelbagai respon yang diterima..

Yo: "Br men ftsl.. Nape?"
Zai: "Tgh tgh vamp d. nape?"
Fieza: "Bru lps stdy forecast.."
Jah: "Nk tdo da.. nape?"
Zul: "ak tgah main angry bird"
Puteri: "Haha.nk tdow.tp da taley. so skunk dpn blog
            telo dbsuh.haha."
** lau nak tau ape maksud puteri klik sini
Zatie: respon agak lambat.."Ak bru bgun tdo. Td migrain. Npe fikri?"

so.. 4 dari 7 sample tanya balik kat aku "nape?".. dan 3 lagi bgtahu ape
yang dorang tengah buat.... dan perbualan diteruskan... sehingga tiba ke limit point..

conclusion: aku rasa macam happy nak teruja.. sebab pelbagai reaksi dan respon aku boleh
dapat... tambahan pula... kredit kita semakin "bertambah"..

p/s: motif buat bende ni sbab nak release tension... orang lain da berlenggang kangkung balik rumah sebab exam da habis.. aku masih lagi berhempas pulas menyelak nota2.. =(

Tuesday, March 8, 2011

rasenye boleh tercapai tak?

ngee~~
tengok tajuk je macam
da boleh agak kan...
ni mesti tak lain tak bukan
nak buat wish list..
hehe.. wish list ke??
tak kot..
walaupun bukan wish list..
tapi... tujuan dan objective nya 
tetap sama...
hahaha..

sebenarnye macam ni...
memandangkan da masuk bulan 3...
memang kompem2 la panggung wayang
akan sesak dengan cerita2 yang selama ni aku tunggu2..
nak tengok semua kopak ar poket...
ni pun sakarang ni da tahap nak "retak seribu" ni...


so.. setelah di short listed kan...
ni je cerita yang "maybe mungkin"
aku boleh tengok....
citer ni...
  
ngan citer ni je..
haaaa..... best tak agak2 nye...
da lama menanti ni...

p/s: semakin hari semakin happy... ubat ape la yang aku makan...



Monday, March 7, 2011

berubah mood~~

mood berubah..
da agak gembira sikit
akhir2 ni..
no more hard feeling...
just take it easy...
malas nak cerita panjang2..
cme nak sampaikan rase keseronokan
bila FikriTaufik menjadi
seorang Tutor..
ajar pre-calculus lagi...
exciting giler...
sebenarnye da start minggu lepas da..
tapi di sebab kan masalah2 tertentu..
tak dapat nak share awal..
hahaha... bajet!!
so... kalau masuk minggu ni...
kiranya kali kedua la aku jadi tutor..
mengajar di fakulti sains sukan...
sangat happy...
tengok muka budak2 tu beriya-iya
nak cuba paham soklan matematik
yang "mencabar" tu... hahaha..
=D


p/s: cuti ni nak sambung tugas la... jadi cikgu tuisyen... 


Friday, March 4, 2011

saye menangis~~ =(

homaigod...
menangis!!
yes!!...
i'm crying rite now..
seriously...
i'm crying while typing this entry...
oh!!!..
kind a rare kalau guy menangis..
but......
i cant take it anymore...
please~~~..
i'm begging~~
no more assignment...
no more test!!...
enough is enough!!!
cant handle it anymore...
sudah agak lame Fikri Taufik
tak mengeluarkan air mata..
its been a year after my lovely cat died~~
and...
hell yeah!!...
i'm produce "it" rite now...
crystal clear came out from my eye!!...
"rush-ly" i think~
tak tahu la knape..
lately rase macam burden sangat!!..
i never felt like this before...
i used to be a happy smiley guy~~
i dont know why!!
why!!!????

fyi... tomorrow (i think its today..) Forecasting test...
screwed you!!!...
go to hell...
i didnt understand every single thing
yang ade dalam buku ni!!..
Fu*k!!!!
what i'm gonna do for the test???!!!!
=(

p/s: malu pulak,, but~~ mmmm..... =(